MYBERITA · MALAYSIA
TERKINI
Memuatkan berita terkini...

Masak nasi ayam untuk suami, gelas Bella dan Syed Saddiq pula curi perhatian

Gelas yang dipercayai merupakan hadiah perkahwinan daripada peminat pasangan popular dengan gelaran BASS itu mencuri tumpuan selepas perkongsian berkenaan mendapat perhatian pengguna media sosial. - Foto Threads @kobispanjang


KUALA LUMPUR - Bukan hidangan nasi ayam yang disediakan penyanyi dan pelakon Bella Astillah buat suaminya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi perhatian, sebaliknya sebiji gelas bergambar wajah pasangan itu yang kelihatan di atas meja makan.

Gelas yang dipercayai merupakan hadiah perkahwinan daripada peminat pasangan popular dengan gelaran BASS itu mencuri tumpuan selepas perkongsian berkenaan mendapat perhatian pengguna media sosial.

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu meluahkan rasa teruja apabila melihat gelas tersebut digunakan Bella dalam kehidupan sehariannya, sekali gus memperlihatkan bagaimana hadiah daripada peminat terus dihargai.

“Siapa yang bagi hadiah gelas hari tu, tengoklah, betul-betul dimanfaatkan penggunaannya,” tulis individu berkenaan.

Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi positif apabila rata-rata pengguna media sosial memuji sikap Bella yang dilihat menghargai pemberian peminat meskipun hadiah berkenaan kelihatan sederhana.

“Bella punya bagus itu memang nampaklah dia menghargai peminatnya,” komen seorang pengguna.

“Comelnya cawan itu, baru perasan,” tulis seorang lagi.

Bagaimanapun, identiti individu yang menghadiahkan gelas berkenaan serta asal usul pemberiannya tidak diperincikan dalam perkongsian tersebut.

Untuk rekod, Bella dan Syed Saddiq selamat mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober lalu dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur, dengan mas kahwin sebanyak RM500.

Pasangan itu kemudiannya diraikan dalam majlis resepsi di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, sebelum mengadakan Kenduri Rakyat di Muar, Johor pada 25 Oktober lalu.

Sementara itu, satu lagi majlis meraikan pasangan berkenaan dijadualkan berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober ini.