MYBERITA · MALAYSIA
TERKINI
Memuatkan berita terkini...

BN Melaka fokus pertahan 21 kerusi, setiap undi jadi keutamaan - Ab Rauf

Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, gerak kerja jentera parti kini diselaraskan bagi memastikan setiap kawasan yang ditandingi mendapat perhatian, termasuk melalui penglibatan ‘bapa angkat’ yang dilantik untuk membantu kempen pilihan raya. - Foto FB

MELAKA - Barisan Nasional (BN) Melaka memberi tumpuan penuh kepada usaha mempertahankan 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini.

Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, gerak kerja jentera parti kini diselaraskan bagi memastikan setiap kawasan yang ditandingi mendapat perhatian, termasuk melalui penglibatan ‘bapa angkat’ yang dilantik untuk membantu kempen pilihan raya.

Menurutnya, setiap undi memainkan peranan penting dalam usaha BN mempertahankan kerusi yang ditandingi pada pilihan raya berkenaan.

“Semua orang mestilah menumpukan tumpuan pada 21 kawasan yang kita pertandingkan, termasuk ‘bapa angkat’ yang dilantik untuk bersama-sama membantu jentera BN di Melaka.

“Setiap undi amat penting kepada kita bagi mempertahankan 21 kawasan yang kita pertandingkan,” katanya selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, malam tadi.

BN dijadualkan bertanding di 21 kerusi DUN, merangkumi dua kerusi yang diperuntukkan kepada MCA dan satu kerusi kepada MIC.

Sementara itu, Perikatan Nasional (PN) akan bertanding di tujuh kerusi DUN pada pilihan raya berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 31 Oktober sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian awal akan berlangsung pada 10 November.

Hari pengundian bagi PRN Melaka pula dijadualkan pada 14 November ini.