KUALA LUMPUR – Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan maut membabitkan dua tren penumpang di kawasan berhampiran Urda, Toledo, Sepanyol pada Rabu, menurut pengesahan Kementerian Luar.
Dalam satu kenyataan, kementerian itu merakamkan penghargaan kepada pihak berkuasa Sepanyol atas bantuan dan kerjasama yang diberikan kepada Kedutaan Malaysia di Madrid bagi mengesahkan sama ada terdapat rakyat Malaysia yang terjejas dalam insiden berkenaan.
Kementerian itu turut menyampaikan ucapan takziah dan simpati kerajaan Malaysia kepada kerajaan serta rakyat Sepanyol susulan tragedi yang mengakibatkan kematian dan kecederaan.
Media melaporkan, dua tren penumpang berlanggar di wilayah Toledo pada Rabu, dipercayai selepas kerosakan komputer menjejaskan sistem keselamatan.
Menurut laporan berkenaan, hampir 70 orang dilaporkan maut dalam kejadian itu, manakala pihak berkuasa Sepanyol mengisytiharkan tiga hari perkabungan negara sebagai tanda penghormatan kepada mangsa.
Insiden berkenaan mencetuskan kebimbangan mengenai keselamatan pengangkutan rel, selain menyaksikan usaha pihak berkuasa diteruskan bagi menangani kesan tragedi berkenaan.

.jpg)