KUALA LUMPUR - Tekanan untuk menjadi lebih baik dalam setiap aspek kehidupan, termasuk kerjaya, keluarga dan kesejahteraan diri, sering menyebabkan individu terlupa bahawa perubahan positif tidak semestinya memerlukan usaha besar atau kesempurnaan.
Menyedari cabaran itu, Spritzer Sparkling memperkenalkan kempen terbaharu, ‘Rasa Light Je’, bagi menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup lebih seimbang menerusi perubahan kecil yang mudah dilakukan dalam rutin harian.
Kempen berkenaan membawa mesej bahawa menjaga kesejahteraan diri tidak seharusnya menjadi satu lagi beban, sebaliknya boleh dimulakan dengan langkah sederhana yang praktikal, konsisten dan menyeronokkan.
Ketua Pemasaran Spritzer, Shiao Chan berkata, masyarakat hari ini sering berdepan tekanan untuk memperbaiki diri sehingga merasakan setiap perkara perlu dilakukan dengan sempurna.
“Menerusi kempen ‘Rasa Light Je’, kami ingin mengingatkan orang ramai bahawa menjaga kesejahteraan diri tidak seharusnya terasa membebankan.
“Kadangkala, kita hanya perlu membuat satu langkah yang ringan atau meluangkan sedikit masa untuk diri sendiri agar dapat berasa lebih tenang, gembira dan positif dalam menghadapi cabaran yang mendatang,” katanya dalam kenyataan media pada Khamis.
Menurut Spritzer, kempen itu turut menekankan kepentingan menghargai pencapaian kecil tanpa perlu meletakkan jangkaan terlalu tinggi terhadap diri sendiri.
Pendekatan berkenaan dilihat relevan dengan kehidupan masyarakat moden yang sentiasa berdepan jadual padat, tuntutan pekerjaan dan komitmen keluarga sehingga usaha menjaga kesejahteraan diri adakalanya dianggap sukar untuk dikekalkan.
Sebagai sebahagian daripada kempen tersebut, Spritzer Sparkling turut memperkenalkan sembilan video pendek menerusi laman mikro khas yang memaparkan pelbagai situasi harian berkaitan tekanan, keraguan dan usaha mencari ketenangan diri.
Setiap video mengetengahkan perspektif lebih santai dalam menghadapi cabaran kehidupan, sekali gus mengajak orang ramai melihat perubahan positif sebagai proses yang boleh dilakukan secara berperingkat.
Kempen itu juga menampilkan duta Spritzer, Aedy Ashraf, yang digambarkan meluangkan masa untuk berehat seketika di tengah-tengah kesibukan kerja dan pelbagai komitmen harian.
Dalam masa sama, Spritzer Sparkling mengetengahkan rangkaian minuman air mineral semula jadi berkarbonat tanpa gula atau pemanis tambahan, yang ditawarkan dalam beberapa pilihan perisa termasuk Classic, Lemon serta Sea Salt & Citron.
Menjelang penghujung tahun, kempen ‘Rasa Light Je’ diharap dapat menggalakkan masyarakat mengurangkan tekanan terhadap diri sendiri, menghargai kemajuan kecil dan membina tabiat positif secara berterusan.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut serta menonton sembilan video kempen berkenaan menerusi laman rasmi Spritzer di https://www.spritzer.com.my/campaign/sparklingrasalightje/.
